Monday, 1 October 2012

The National University of Malaysia

Selamat datang ke Univeristi Kebangsaan Malaysia atau dikenali sebagai UKM. Terletak di Bangi, Selangor, UKM merupakan antara top 5 IPTA di Malaysia ini dan merupakan antara universiti yang terawal di Malaysia.

Apabila menerima tawaran daripada UKM dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, saya berasa sungguh gembira kerana berhampiran dengan rumah dan dapat melayakkan diri ke universiti ini.

Aaya merasakan 3 tahun saya di UKM ni bakal berdepan berbagai cabaran dan rintasan terpaksa dilalui. Tidak lupa juga dengan kegembiraan baru yang bakal saya temui. Manalah tau, tetiba famous lak kat sini, jadi perwakilan pelajar ke, artis ke, atlet ke, untung ayam nampak di taji untung manusia sapalah yang tau. Hahaha.

Btw, kite tunggu dan lihat apa yang akan terjadi nanti ye. Saya tak boleh cerita sangat pasal UKM ni sebab tak tempuhinya lagi.

Perlis Matriculation College


Ini adalah pintu masuk Kolej Matrikulasi Perlis atau dikenali sebagai KMP. Ianya terletak di Bandar Arau, Perlis betul-betul bersebelahan dengan UiTM Perlis. Ini merupakan tempat di mana saya menyambungkan pelajaran saya selepas daripada SASER.

Pada mula menerima surat tawaran tak menjangka akan dapat tempat jauh daripada rumah lagi-lagi paling utara Malaysia iaitu Perlis. Dapat jugak tawaran drpd UiTM Kuala Pilah dalam bidang Pengurusan Perniagaan tapi Diploma. So, tanak waste time terima je lah matrik ni.

Hari pendaftaran, 23 Mei 2011. Mulalah bab baru dalam kehidupan saya ni. Di sini, saya tidak kenal sesiapa langsung, kawan SASER tiada, kawan di kawasan rumah pun tiada. All alone. Tapi semua bukannya penghalang untuk saya meneruskan pengajian saya.

Di matrik, banyak pengalaman saya timba. Mulalah panggil pensyarah, bukan lagi cikgu. Mulalah bergaul balik dengan perempuan, kan sebelum ni sekolah all boys. Haha. Mulalah panjang langkah, sewa kereta, pergi padang besar, gua kelam, alor star, kuala perlis dan pulau langkawi paling best, almaklumlah duduk jauh dengan family kan. Nak jugak berseronok. Hahaha.

KMP merupakan tempat permulaan bagi keindahan kehidupan ini. Keindahan dan Keunikan KMP ini takkan dapat dijumpai di mana-mana. Only in KMP. Miss that place.