Rasanya lama dah tak sentuh blog ni. tetiba lak nak sentuh balik. hahaha :D
Sedar tak sedar kita dah masuk bulan 11 tahun 2012... Sekejap je masa berlalu kan? Dah dua bulan saya berada di UKM ni.
Baru2 ni awal bulan 11 gak, saya exam mid-term. Macam biasalah tension memanjang. Habis semua topik macam tak sentuh lagi. Tengah exam mulalah kelam kabut. Hahaha
Tapi tak boleh lupa la, rekod terbaru kebangsaan. Tak tidur 32 jam! hahaha. Macam ni, hari Sabtu exam Makroekonomi. So Jumaat nya baru nak start belajar bangun pukul 7 mandi, semayang, makan, jalan jalan sikit, pastu main game sampai pukul 5 pagi. Baru buka buku bab satu. Hahahaha.
Pukul 9 exam, jadi kejut lah roomate, Shah. Sebab dia ada kereta dan bolehlah mintak tolong dia hantarkan. Sampai dewan exam buka muka surat 1, Sumpah Blurr!! Dah malas cerita. So lepas exam, esok nya Ahad ada gak exam iaitu Prinsip Perakaunan.
So 7 malam Jumaat - 7 malam Sabtu - 3 pagi Ahad = 32 jam tak tidur pastu tidur 6 jam tidur je pastu terus jawab exam wehh!!! Ngantuk dohh!