Thursday, 27 November 2014

Israel Ditakrifkan Sebagai Sebuah Negara Yahudi

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu speaks during the weekly
Baru- baru ini dalam kenyataan yang disebarkan oleh Utusan Malaysia. Di Baitulmaqdis, kabinet Israel telah meluluskan rang undang-undang dimana mentakrifkan bahawa "Israel sebagai sebuah negara Yahudi."

Israel sebelum itu tidak ditakrifkan sebagai negara Yahudi tetapi sebagai sebuah negara yang bebas untuk beragama walaupun kita sedar bahawa Yahudi merupakan majoriti di Israel berbanding Islam dan agama lain. Israel merupakan negara jajahan yang dijajah di Palestin. 

Melalui rang undang-undang terbaru ini, ramai pihak termasuk penduduk arab kelahiran Israel (20% daripada penduduk Israel) menentang keras tindakan tersebut yang menyifatkan sebagai suatu tujuan untuk merampas Palestin.

Beberapa pihak lain turut menyatakan ketidakpuasan dengan pentakrifan tersebut didakwa akan mengancam ciri-ciri demokratik di Israel. Perlaksaan rang undang-undang tersebut bakal mengiktiraf ciri-ciri Yahudi sebagai inspirasi perundangan serta mengeluarkan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi Israel.

Isu tersebut dianggap telah melanggar hak-hak asasi penduduk di tanah jajahan tersebut. Antara hak yang disentuh ialah hak untuk berdemokrasi. Israel sepatutnya mengamalkan demokrasi, tetapi melalui rang undang-undang terbaru itu menyebabkan mereka iaitu penduduk rakyat Israel hilang kuasa untuk menentukan hala tuju negara tersebut. Di sini, dapat dilihat bahawa pemimpin Israel semakin hari cuba mengembalikan kuasa Yahudi dalam pemerintahan Israel walaupun terdapat masyarakat lain di negara itu. 

Isu perkauman merupakan salah satu isu dibangkitkan kerana kita semua tahu dan sedar bahawa Israel bukannya negara yang sebenar. Mereka merupakan penduduk Yahudi yang semakin hari negaranya besar disebabkan penaklukannya terhadap Israel. Hak penduduk Arab dan rakyat Palestin langsung tidak diberikan tumpuan oleh mereka. Israel sering menafikan hak-hak umat Islam dinegara itu serta menafikan hak rakyat Palestin di bumi Palestin itu sendiri.


-Sumber di: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kabinet-israel-takrif-israel-negara-yahudi-1.28781#sthash.hQvPsbcr.dpuf

No comments:

Post a Comment